Teori Maklumat (Information Theories)
Shannon dan
Weazer ialah penulis buku klasik iaitu ‘Teori Matematik Komunikasi’.
Berdasarkan buku tersebut, Shannon dan Weazer menyatakan dan mengenal pasti
cara paling cepat dan berkesan untuk mendapatkan mesej dari satu titik ke satu
titik yang lain. Tujuan mereka menghasilkan buku klasik tersebut adalah untuk
mengetahui bagaimana mesej komunikasi boleh ditukarkan menjadi isyarat
elektronik yang paling cekap.
Menurut Shannon
dan Weazer, maklumat didefinisikan sebagai ukuran kebebasan pilihan seseorang
apabila seseorang memilih mesej. Dalam teori maklumat, maklumat dan
ketidakpastian sangat berkait rapat dimana semakin besar ketidakpastian yang
dikeluarkan oleh mesej, semakin kuat korelasi antara input dan output saluran
komunikasi dan lebih banyak maklumat yang diterima. Teori maklumat mengukur
kuantiti semua jenis maklumat dari segi bit (digit biner). Teori maklumat juga
telah menyumbang beberapa konsep tertentu seperti konsep bunyi bising, konsep
konsep redunsasi dan konsep entropi. Konsep-konsep tersebut adalah sebahagian
daripada proses komunikasi.
Sumber: Shannon & Weaver (1949)
hasil: NOR SAKINA BINTI AND WUEKERO (BA18110858)
Comments
Post a Comment