KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
Komunikasi intrapersonal adalah penggunaan bahasa atau fikiran yang terjadi di dalam diri komunikator sendiri. Ia berlaku di dalam diri seseorang. Seseorang yang sedang berfikir tentang sesuatu perkara sebenarnya ia sedang dalam proses berkomunikasi dengan dirinya. Sebagai contoh, bermonolog dengan diri untuk membuat pilihan, keputusan, memberikan sebab dan akibat.
TEORI-TEORI KOMUNIKASI INTRAPERSONAL
1. TEORI BERDASARKAN PENDEKATAN PSIKOLOGI
Gustave Le Bon berpendapat bahawa pada manusia terdapat dua jenis jiwa iaitu jiwa ndividu dan jiwa masa yang masing-masing mempunyai sifatnya berlainan. Sigmund Freud berbeza pendapat dengan Le Bon, beliau berpendapat bahawa jiwa massa itu sebenarnya sudah tercakup oleh jiwa individu. Hanya tidak disedari oleh manusia itu sendiri kerana dalam keadaan terpendam.
Pada tahun 1950 dan 1960 psikologi sosial tubuh secara aktif dan program dalam psikologi didedahkan di sebahagian besar universiti. Dasar pembelajaran psikologi sosial berdasarkan potensi-potensi manusia di mana potensi ini mengalami proses perkembangan setelah individu itu hidup dalam lingkuangan.
Antara potensi-potensi lain;
- kemampuan menggunakan bahasa
- adanya sikap etik
- hidup dalam 3 dimensi.
Teori ini menyatakan bahawa informasi mula-mula disimpan pada sensory storage iaitu gudang memori), kemudian dimasukkan ke short-term memory dan dilupakan untuk dimasukkan ke dalam long-term memory. Otak manusia dianalogikan dengan komputer. Terdapat dua jenis memori iaitu memori ikonis untuk material yang kita peroleh secara visual dan memori ekosis untuk material yang masuk secara auditif (melalui pendengaran). Penyimpanan ini berlaku secara cepat.
3. TEORI AUS
Menurut teori ini, memori akan hilang atau memudar kerana waktu. Seperti otot, memori kita akan kuat apabila dilatih secara terus menerus. Namun menurut Hunt, apabila kita sering mengingat, makin buruk kemampuan mengingat. Dimana tidak selamanya waktu dapat mengauskan memori.
Comments
Post a Comment