Penggunaan teori komunikasi dari segi penyelidikan induktif dan deduktif

KONSEP DEDUKTIF

Konsep deduktif merupakan konsep yang digunakan dari teori kepada hipotesis,pemerhatian lalu membuat pengesahan.Atau dengan lebih tepat lagi konsep deduktif digunakan untuk menukarkan sesuatu yang umum kepada khusus.sesuatu fenomena itu diterangkan menggunakan teori.Pendekatan deduktif  dimulakan dengan teori yang memerlukan hipotesis atau teori kerja yang akan dibangunkan sebelum penyelidikan dijalankan.Apabila sesuatu teori itu telah dibangunkan,ahli teori tersebut akan mengumpul data untuk memperbaiki teori atau menguji teori tersebut sama ada untuk menyokong ataupun menolak dapatan hipotesis.Selepas telah mendapat hipotesis,ujian akan diteruskan untuk mencari set penyesuaian yang berterusan kepada teori yang telah dibuat sehingga bukti untuk menyokong teori tersebut adalah kukuh dan boleh digunakan.Pendek kata,pendekatan deduktif yang digunakan dalam teori komunikasi bermula dengan teori dan seterusnya diikuti dengan mengumpul data dan melihat data.

KONSEP INDUKTIF

Kaedah induktif ini adalah berlawanan dengan pendekatan deduktif.Hal ini kerana konsep deduktif dimulakan dengan teori manakala konsep induktif pula diakhiri dengan teori dan dimulakan dengan pemerhatian ataupun data.Sesuatu teori itu boleh dicadangkan tetapi ahli kajian teori tersebut haruslah mengumpul data terlebih dahulu dan haruslah mempunyai data yang cukup bagi membangunkan ataupun mencadangkan sesuatu teori itu.Pengumpulan data perlu diteruskan untuk dianalisis sehingga membawa kepada data baru yang membawa kepada pemahaman penyelidik terhadap fenomena yang berlaku ataupun kejadiaan.Beberapa pengkaji juga menerangkan bahawa penyelidikan datang sebelum teori.Oleh itu,pengkaji saintifik percaya bahawa konsep induktif yang mana memulakan penyelidikan sebelum melakukan teori adalah cara yang benar.Pengkaji-pengkaji juga percaya bahawa teori-teori yang baik itu muncul hasil daripada penyelidikan.
https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSDEuz3wxkCyGWFbTEbSBmMFBRj5DtDUMzLJvQgbsHot4kJCSi3

Comments

  1. Untuk tambahan sedikit maksud dan perbezaan diantara induktif dan deduktif ialah.

    induktif ialah kajian induktif ini dimulakan dengan pemerhatian dan diakhiri dengan teori.Kajian ini dinamakan sebagai 'Bottom up'.ini kerana kajian ini dimulakan dengan pemerhatian dan diakhiri dengan teori.

    permerhatian-pola-hipotesis-teori

    deduktif pula ialah kajian ini dimulakan dengan teori dan diakhiri dengan kepastian.Kajian ini dikenali sebagai 'Top down' kerana pengkaji memulakan dengan teori dan diakhiri dengan kepastian.

    Teori-Hipotesis-Pemerhatian-Kepastian

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Teori Model Lasswell ✨

CULTIVATION THEORY (TELEVISION SHAPES CONCEPTS OF SOCIAL REALITY)