GROUP THINK THEORY
Teori Group Think ini adalah proses pengambilan keputusan yang terjadi di dalam kelompok yang kohensif, yang keputusannya tidak diambil berdasarkan rasional melainkan untuk mempertahankan keharmonian kelompok. Teori ini mencadangkan bahawa dalam penyelesaian maalah dan membuat keputusan berkumpulan, ahli kumpulan akan cuba meminimumkan konflik dalaman dan mencapai konsensus tanpa menguji, menganalisis dan menilai idea-idea secara kritis.
Namun berlakunya perkara-perkara negatif yang menhyalang keputusan yang memuaskan apabila proses ini dijalankan. Contohnya, dalam pemikiran group think, pandangan yang di
luar lingkungan pemikiran konsensus biasanya tidak akan dibangkitkan oleh ahli kumpulan.
Pemikiran kelompok berlaku apabila;
1. Kumpulan bersifat kohesif;
- Hubungan individu rapat.
- Semangat kekitaan tinggi.
2. Struktur organisasi yang bermasalah;
- Kumpulan dilindungi dan tidak terdedah kepada pandangan pihak luar.
- Tidak ada pemimpin atau ketua neutral.
- Tidak ada prosedur penilaian keputusan yang dibuat oleh kumpulan.
- Ciri ahli kumpulan yang sama nilai.
3. Keadaan atau situasi semasa keputusan dibuat adalah dalam keadaan tegang;
- Terdapat tekanan dari pihak lain.
- Wujud isu lain yang menggangu komitmen ahli.
Terdapat 8 petanda berlakunya Pemikiran Kelompok;
- Andaian bahawa kumpulan tidak mungkin membuat kesilapan.
- Yakin dan percaya bahawa keputusan yang dibuat adalah wajar dan betul.
- Membuat rasionalisasi & logik secara kelompok.
- Melihat dan anggap orang di luar kumpulan adalah stereotaip.
- Self-censorship (pengesahan kendiri).
- Andaian bahawa semua orang bersetuju dengan keputusan yang dibuat.
- Tekanan kepada mereka yang tidak bersetuju.
- Mindguard (pengawal minda) – kumpulan mempertahankan pendapat ketua.
Comments
Post a Comment